saya beru je cek email saya tadi.. bukannya saya xpernah nak cek email sebelum ni, tapi saja saya je nak bagitahu yang saya ader cek email saya pagi tadi.. kikiki~.. tapi bukan itu isu yang saya mahu utarakan di sini.. tapi sebelum itu, saya musykil, kenapa perlu utara, xpanggil baratkan ke, timurkan ke, selatankan ke, kenapa kenapa kenapa..?? kikiki..
urmm.. sementelah (entah betul entah tidak bahasa yang saya gunakan ini) saya mengecek email saya tadi, saya jadi bengang kerana setiap hari ketika mengecek email saya, saya mesti ada terima email yang mempelawa saya untuk memberikan maklumat peribadi seperti nama sebenar, nombor talifon, alamat surat menyurat, nombor akaun dan berbagai-bagai lagi atas alasan untuk tujuan pemindahan sejumlah wang yang agak besar jumlahnya ke akaun saya.. katanya, pemilik duit tersebut mengalami penyakit yang amatlah seriusnya, dan tiada mempunyai waris untuk dipindahkan harta dan wangnya, dan justeru itu, sayalah orang yang dipilih untuk mengendalikan harta dan wang si pemilik wang.. apa gila ke saya nak kendalikan wang orang lain..?? wang sendiri pun tiada mampu untuk dikendalikan sehabis baik..
tapi yang buat saya hairan itu bukanlah permintaan untuk mengongsikan maklumat peribadi itu, tetapi yang menjadi persoalannya, kenapa perlu orang2 tersebut meminta saya untuk memberikan maklumat peribadi saya..?? bukannya seorang dua yang meminta sedemikian, ada jugalah dekat ratus-ratus orang.. apa tiada lagikah orang lain di malaysia ini, mahupun di dunia ini untuk diajak berkongsikan maklumat tersebut..?? saya bukan artis, saya bukannya terkenal pun, kawan-kawan dan keluarga saya kenal lah dengan saya.. mengapa saya yang menjadi pilihan..?? saya tahu, suara saya agak sedap dan lunak merdu pabila mendendangkan sesebuah lagu.. tetapi rahsia itu hanyalah di kalangan rakan-rakan taulan yang mengenali saya sahaja.. hihihihi~.. dan kikikiki~..
yang menjadikan saya bertambah musykil ialah, orang yang mengajak saya mengongsikan maklumat peribadi saya itu berpangkalan di burkina faso (berdasarkan intipati dan saripati email-email tersebut).. bagaimana mereka mengetahui akan kewujudan saya..?? adakah saya merupakan orang yang dikenali di negara burkina faso..?? memang lah saya ada terfikir mahu berhijrah ke luar negara kerana sudah muak dengan senario politik dan keadaan semasa, tetapi itu hanyalah harapan yang tinggal harapan sahaja dari saya, saya tidak berniat betul-betul pun untuk berhijrah ke luar negara.. nanti, apa jadi dengan kawan-kawan saya..?? mereka tidak boleh hidup tanpa saya.. nanti mesti mereka merindui saya.. apa saya nak buat nanti kalau mereka merindui saya..?? kikikiki~..
sudahlah, hentikan saja ajakan kamo itu.. saya pun sudah mempunyai kerja tetap sekarang ini.. kalau saya tiada kerja, lagilah saya tidak mahu pertimbangkan tawaran itu.. ye lah, cuba fikirkan, saya tiada kerja, tiada rekod di mana-mana, tetapi mereka tahu kewujudan saya.. tak nak lah saya.. pengintip ke apa dia orang ini..??
0 carutan:
Post a Comment