Post info


Comments 0


Author: incik mumu

arinih lepas juga hasrat ati yang terpendam sekian lama.. puas gilerr ati aku arini.. akhirnya.. dapat gak aku basoh kete aku, setelah dekat sebulan xbasoh kete.. perghhh.. kete aku yang pada asalnya berwarna ivory white telahpun bertukar menjadi warna pearl white akibat tidak dibasuh sejak beberapa lama..

warna pearl white yang aku idamkan pada mulanya sangat menarik perhatian sanubariku tetapi pearl white yang aku dapat neh bukanlah cantik pada pandangan mata aku, kerana terdapat lakaran2 jaluran artistik pada tempat membuka kereta di bahagian pintu, dan juga di bahagian bonet.. ianya bukanlah disebabkan oleh lakaran atau contengan atau coretan budak2 jahat tetapi akibat kesan jari yang selalu membuka dan menutup bahagian2 tertentu pada kereta kesayanganku itu..

selain itu, di bahagian skirt kereta putihku itu terdapat juga coretan sperti semburan spray artistik berwarna hitam, bukanlah diakibatkan oleh spray menyembur kereta yang kuidamkan, tetapi adalah akibat perbuatan tar dan kesan lecak yang sengaja mahu melekat pada kereta aku..

jadi setelah memikirkan perkara2 tersebut dengan semasak2nya, maka aku pun membuat keputusan untuk membasoh kereta putih kesayanganku itu.. jadi aku pun memandu kereta tersebut ke seksyen 7 shah alam untuk membasuh kereta.. sungguh jauh aku memandu.. tetapi aku berpuas ati dengan hasil yang diperolehi.. menakjubkan.. keretaku kini telah menjadi seperti baru sahaja dibeli semalam..

p/s : seronoknye.. hihihi..

0 carutan: