waaahh.. aku baru jek balik keje neh.. banyak keje aku nk kene buat arini.. balik2 uma jek, aku on lektop, pasang plak washing machine, naek tingkat 2, amek baju2 aku yg da seminggu xbasoh tuh, letak sume baju kat dalam washing machine, pasang air, bubuh sabon n stat basoh baju.. dlm ms yg sm, aku g sapu marjerin n gula kat roti, then toast kat toaster.. selain itu, aku juga menjerang air. air jerangan tersebut aku nak buat untuk bancoh mushroom soup jenama campbell yang baru jek aku beli semalam.. menu arini, roti bakar + mushroom soup.. memang menyelerakan.. errmmm, sedap.. bak kata rakan serumahku.. waaaaahh.. xsabar neh nak ngunyap.. wahahaha..
dalam masa yang sama, sementara aku menunggu baju2 aku habes dibasoh, dibilas dan dispin oleh mesin basoh, aku juga telah mengonlinekn diri aku dengan mengepos entri neh dan juga mengusya2 laman sosial kegemaran aku - facebook, serta membaca entri rakan2 blog aku yang lain.. betapa multitaskingnye aku ketika ini wa cakap sama lu.. haha.. dalam masa yang sama, sebab kenapa aku xngunyap ag ialah aku nk tunggu mushroom soup aku neh menjadi suam2 kuku.. tidaklah nanti melecur lidah aku apabila meminum dan menghirup mushroom soup ketika sup itu panas membara.. sementara mengonlinekan diri aku, aku juga memerhatikan mesin basuhku kerana mesin basuhku bukanlah jenis fully automatic, ianya hanyalah jenis semi auto di mana, aku perlu untuk mengisi air untuk tujuan bilasan dan juga perlu mencongak masa dan ketika yang sesuai untuk mengspinkan baju2 basuhan aku itu..
sambil2 itu, mesin basuh aku tuh tidak arr aku lupakan.. aku perlu memberikan fokus dan perhatian yang penuh kepada mesin basuh itu kerana jikalau terlewat sedikit, maka akan terjadi laa pembaziran air yang mana aku tidak suka.. aku tida suka pembaziran.. tidak suka sama sekali.. so pada sesiapa yang suka melakukan pembaziran, diharap dapat jauhkan diri daripada aku.. haha.. damn.. oh ya, lupa pula aku kepada mushroom soup aku.. aku pun jenguk2 arr ia, dan ternyata sangkaanku tepat.. mushroom soup aku itu telah pun menjadi suam2 kuku.. jadi, korang tawu apa maksudnya.. ini bermakna, aku perlu untuk meminum mushroom soup itu sebelum ia sejuk, nanti kalu da sejuk, xsedap pula..
mesin basuhku sedang membuat bilasannya yang terakhir.. selepas ini, aku hanya perlu spin jek baju aku, kemudian walaaaahh.. baju2 aku sedia untuk dijemur kerana hari cerah, sesuai untuk proses pengeringan kain.. aku pun terus mengambil remote tv, dan terus mencari saluran yang mempunyai rancangan yang menarik.. setelah mencari, aku pun membuat keputusan untuk memilih saluran 303, yang menyiarkan rancangan2 korea.. sambil menghirup sup cendawan aku, juga menjamah roti bakar yang telah dibuat, aku pun menonton tv sambil menunggu mesin basuh setel mambasuh..
p/s : selamat pagi dan selamat bersarap..
0 carutan:
Post a Comment