salam sejahtera.. (s/d)ukacita dimaklumklan bahawa saya sudah membuat blog baru.. hal ini adalah kerana berlaku sedikit masalah dengan blog saya yang lama..

jadi silalah ke blog saya yang baru.. url blog baru saya ialah http://incikmumu.blogspot.com. bermula 1/6/2010 saya akan aktif berblogging menggunakan link yang baru itu.. segala kesilapan dan keralatan adalah amat dikesali.. saya mintak maaf sangat2 kepada kawan2 saya..

tiada yang benar selain saya,
muiz a.k.a incik mumu..
walaupon saya takde ramai follower kat blog ni..
walaupon tak ramai yang komen saya di blog ini..
walaupon saya xdek kawan beribu riban kat facebook..
tapi saya ada juga benda ini..

klik laaa untuk nampak dengan lebih jelas..


ape, pelik lah tuh.. mesti teruja dan bingung, bukan..?? saya ada application "bukan blackberry" taw.. korang ada ke..?? hihihi~.. semat kan aplikasi ini..?? saya betol2 teruja dengan aplikasi yang baru saya jumpa ini.. lepas je saya jumpa aplikasi itu, semua status saya, musti ader tulis via "bukan blacberry".. ambek kau semua pengguna blackberry.. ape, ingat saya tiada blackberry, saya tak boleh pakai aplikasi best2 ke..?? ingat saya tiada blackberry, saya tak boleh jadi kewl ke..?? hihihihi~..

p/s : nak carik aifone.. bile mau dapat ni.. hihihihi~..
sushi yang berharga rm 6.88 yang dibeli di jusco bukit tinggi

menarik bukan..?? apa mimpi saya entah hari ini, saya teringin makan sushi untuk hidangan tengahari saya pada hari ini.. sushi ini pun bukanlah sushi yang dibeli di sushi king atau sakae sushi, tetapi hanyalah dibeli di jusco sahaja.. selain harganya yang murah, ianya enak untuk dimakan.. ia juga terdapat dalam pelbagai bentuk dan warna, lagilah menarik perhatian saya.. seronoknya saya pada ketika itu, tidak mampu digambarkan dengan kata2..

saya tidak tahu apakah nama setiap sushi itu, tetapi saya suka sushi yang berwarna oren dan kuning itu.. hihihihi~..

p/s : jemput makan semua..
petang tadi saya ada dengar radio berbahasa english.. fly fm nama diberi.. saya nak berkongsi sesuatu yang amat berguna yang saya perolehi hasil daripada pendengaran saya petang tadik.. begini.. mereka di fly fm memberitahu pendengar-pendengar setianya termasuklah saya tentang tanda-tanda seseorang itu tidak diperlukan di sesuatu tempat atau tanda-tanda kehadiran seseorang itu tidak disenangi.. jadi saya ringkaskan saja lah di sini yer..

tanda-tanda seseorang itu tidak diperlukan / tanda-tanda kehadiran seseorang itu tidak disenangi:

1 - apabila seseorang itu tidak diajak untuk menghadiri sesuatu event atau perkara.. naseb baik selama ini saya dijemput, jadi saya sangat diperlukan dan disenangi.. hihihiihi~..

2 - apabila seseorang itu seringkali tidak mengetahui tentang apa yang berlaku di sekelilingnya.. lebih kurang macam seseorang itu dilupakanlah.. naseb baik saya juga merupakan antara orang yang pertama yang tahu akan sesuatu perkara.. tapi kalau semua orang cakap mereka orang yang pertama yang tawu, siapa yang mahu menjadi orang kedua dan ketiga serta seterusnya..?? kih kih kih.. dan nasib baik juga saya tidak sesekali dilupakan.. kerana mereka tahu, sekiranya mereka lupakan saya, maka tidak meriahlah hidup mereka.. hihihi~.. tapi kalau seseorang itu jenis pendiam, macam mana pula ya..?? persoalan yang saya baru terfikir masa menulis entry ini.. jadi saya xnak jawab.. kihkihkih~..

3 - apabila seseorang itu bertanya kepada orang lain tentang apa yang berlaku, mereka menjawab "errr.. entahlah.. tak tahu laaa.. entahlah.. takde ape2 pun.. takdelah.. btul.. tak ada apa-apa" naseb baik saya juga bukan di kalangan orang yang sedemikian kerana saya akan memaksa mereka untuk beritahu perkara yang terjadi.. hihihihi~..

itulah antara yang saya sempat hafal di medula oblongata saya.. medula oblongata boleh menyimpan maklumat-maklumat hafalan ke..?? tidak mengapa.. abaikan sahaja ya.. yang penting ialah maklumat yang disampaikan, bukan di mana maklumat itu disimpan di dalam kepala saya ini.. hehehehe..

sekian, saya yang memaklumkan..

p/s : saya senang dengan kehadiran hamster saya dalam kehidupan saya.. saya sayang kamoo hammy.. kikikiki~..
tak tahu saya nak cakap macam mana.. tengok sahajalah gambar yang saya lampirkan ini.. satu konsep cerita yang ditiru dari cerita lain.. sudah tiada ideakah..?? urmmmmm..

cerita dyesebel - duyung filipina - si cantik maria rivera jadik duyung
[kliklah gambar itu]


cerita duyung aridinata - duyung malaysia - zach x-factor jadi duyung yerrr
[kliklah gambar itu]

buat pengetahuan semua yang membaca (kalau dah tahu, saya nak bagitahu juga, saya xkesah, nak bagitahu jua.. kikiki~..), cerita dyesebel itu telah tamat siarannya pada bila entah saya lupa.. sebabnya saya tengok cerita ni kadang-kadang je.. dan duyung aridinata ni baru je memulakan penggambarannya.. (peniruan konsep la tu kan.. kikiki~).. haisshhhhhh~.. tayangan dijangka bermula 12 julai..

pening medula oblongata saya memikirkan kenapa perlu cerita sebegini ditiru.. adakah kerana mahu menarik perhatian penonton dengan memaparkan tubuh-tubuh lelaki duyung dalam cerita itu..?? almaklumlah, duyung mana pakai baju, lagi pula, perlu ada ekor ikan lagi, jadi, kostum itu musti ketat bukan..?? lepas itu, musti ader adegan-adegan berenang di lautan luas terbentang bukan.. jadi, adegan-adegan basah ini mesti dapat menarik perhatian penonton bukan..?? pelik saya, kenapakah perlu terjadinya perkara sedemikian..?? lainlah kalau saya, sudahlah taff, hensem pula.. kikikiki~.. dan hihihihihi~..


p/s : anak-anak ikan yang saya bela di tepi ini lagi menarik.. ada pelbagai warna lagi tu.. bukan saja ada ikan, ada juga mr. froggy dan juga cik puan spidey.. jangan risau, mereka tidak menggigit.. kikikiki~..

saya beru je cek email saya tadi.. bukannya saya xpernah nak cek email sebelum ni, tapi saja saya je nak bagitahu yang saya ader cek email saya pagi tadi.. kikiki~.. tapi bukan itu isu yang saya mahu utarakan di sini.. tapi sebelum itu, saya musykil, kenapa perlu utara, xpanggil baratkan ke, timurkan ke, selatankan ke, kenapa kenapa kenapa..?? kikiki..

urmm.. sementelah (entah betul entah tidak bahasa yang saya gunakan ini) saya mengecek email saya tadi, saya jadi bengang kerana setiap hari ketika mengecek email saya, saya mesti ada terima email yang mempelawa saya untuk memberikan maklumat peribadi seperti nama sebenar, nombor talifon, alamat surat menyurat, nombor akaun dan berbagai-bagai lagi atas alasan untuk tujuan pemindahan sejumlah wang yang agak besar jumlahnya ke akaun saya.. katanya, pemilik duit tersebut mengalami penyakit yang amatlah seriusnya, dan tiada mempunyai waris untuk dipindahkan harta dan wangnya, dan justeru itu, sayalah orang yang dipilih untuk mengendalikan harta dan wang si pemilik wang.. apa gila ke saya nak kendalikan wang orang lain..?? wang sendiri pun tiada mampu untuk dikendalikan sehabis baik..

tapi yang buat saya hairan itu bukanlah permintaan untuk mengongsikan maklumat peribadi itu, tetapi yang menjadi persoalannya, kenapa perlu orang2 tersebut meminta saya untuk memberikan maklumat peribadi saya..?? bukannya seorang dua yang meminta sedemikian, ada jugalah dekat ratus-ratus orang.. apa tiada lagikah orang lain di malaysia ini, mahupun di dunia ini untuk diajak berkongsikan maklumat tersebut..?? saya bukan artis, saya bukannya terkenal pun, kawan-kawan dan keluarga saya kenal lah dengan saya.. mengapa saya yang menjadi pilihan..?? saya tahu, suara saya agak sedap dan lunak merdu pabila mendendangkan sesebuah lagu.. tetapi rahsia itu hanyalah di kalangan rakan-rakan taulan yang mengenali saya sahaja.. hihihihi~.. dan kikikiki~..

yang menjadikan saya bertambah musykil ialah, orang yang mengajak saya mengongsikan maklumat peribadi saya itu berpangkalan di burkina faso (berdasarkan intipati dan saripati email-email tersebut).. bagaimana mereka mengetahui akan kewujudan saya..?? adakah saya merupakan orang yang dikenali di negara burkina faso..?? memang lah saya ada terfikir mahu berhijrah ke luar negara kerana sudah muak dengan senario politik dan keadaan semasa, tetapi itu hanyalah harapan yang tinggal harapan sahaja dari saya, saya tidak berniat betul-betul pun untuk berhijrah ke luar negara.. nanti, apa jadi dengan kawan-kawan saya..?? mereka tidak boleh hidup tanpa saya.. nanti mesti mereka merindui saya.. apa saya nak buat nanti kalau mereka merindui saya..?? kikikiki~..

sudahlah, hentikan saja ajakan kamo itu.. saya pun sudah mempunyai kerja tetap sekarang ini.. kalau saya tiada kerja, lagilah saya tidak mahu pertimbangkan tawaran itu.. ye lah, cuba fikirkan, saya tiada kerja, tiada rekod di mana-mana, tetapi mereka tahu kewujudan saya.. tak nak lah saya.. pengintip ke apa dia orang ini..??

p/s : hari-hari makan roti.. hihihi~..